Mean Girls
Mean Girls

Mean Girls

Mean Girls ialah sebuah filem komedi/drama remaja Amerika Syarikat lakonan Lindsay Lohan, Rachel McAdams dan Jonathan Bennett, dan dikeluarkan oleh Paramount Pictures pada 2004. Ia ditulis oleh Tina Fey dan diarahkan oleh Mark Waters. Ia berdasarkan buku Rosalind Wiseman “Queen Bees And Wannabees” tentang budaya “clique” (klik) di kalangan remaja perempuan di sekolah menengah yang melampaui batas. Topik filem ini agak serius dan dramatik, tetapi Tina Fey menyelitkan unsur-unsur komedi dalam filem ini.Filem ini mendapat sambutan baik oleh penonton dan pengkritik, dan merupakan sebuah filem pecah panggung dengan pungutan $129, 042, 871 di seluruh dunia dan telah mencapai “cult status” sejak itu. Laman Pengkritik “Rotten Tomatoes” memberinya rating 83%.

Mean Girls

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Queen Bees and Wannabes oleh
Rosalind Wiseman
Lakon layar oleh Tina Fey
Muzik oleh Rolfe Kent
Disunting oleh Wendy Greene Bricmont
Pengarah Mark Waters
Penerbit Lorne Michaels
Pecah panggung $129,042,871[1]
Mula ditayangkan 30 April 2004 (2004-04-30)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Daryn Okada
Tempoh tayangan 96 minit
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh Lindsay Lohan
Rachel McAdams
Lizzy Caplan
Lacey Chabert
Amanda Seyfried
Tina Fey
Pengedar Paramount Pictures
Perbelanjaan $17 juta[1]